Monday, March 31, 2008

SIAPA PERDANA MENTERI KITA SELEPAS "DIA"?

kita boleh menyokong dan mengangkat "dia" selepas ini.
kerana marah, kecewa, memadankan muka,
inginkan juga harga barang yang rendah,
percuma dan separuh harga.

"mereka" juga secara terbuka menyokong sesokong-sokongnya.
antara kita ada yang rebah dan punah,
antara kita ada yang mashur dan tersohor.
"dia"lah wira sejati, pembela pertiwi,
hari ini memang "dia" wajib di mahkotakan.


namun kita juga perlu sedikit menjengah pemikiran di luar kotak minda kita,
berapa jumlah kerusi "mereka" sekarang ini.

cuma berapa lagi yang di tagih,
bonuslah bagi "mereka" andai antara kita ada yang celaka,
seperti tragedi 1511 di melaka

perak & pulau pinang adalah simulator malaysia hari esok,
bayangan pemerintahan "selepas" berperdana menterikan "dia".
semasa bertahta "dia" pasti bermaharajalela,
kemudian mereka pula meraih kuasa,
barangkali tidak perlu lama pru 13 kita berperdana menterikan mereka pulak
maka bergelarlah kita "melayu malaysia"
seperti juga kita menyebut sekarang ni "melayu singapura"

dari dulu mereka panggil kita datuk & tan sri,
supaya kita syok, bermimpi dan geli,
dalam masa yang sama mereka mencaci guna bahasa sendiri